FATIHAH
ALHAD

THE PARENTS
Pada minggu pertama kelas Typography, DR. Syam telah berjaya menyentuh hati saya. Dr. Syam berkongsi kenangan bersama arwah bapa beliau. Dr. Syam menceritakan bahawa arwah bapa beliau akan menghubunginya setiap hari sebanyak 3 kali. Perkongsian itu sangat meyentuh hati saya, kerana saya baru sahaja kehilangan ibu saya dan perkongsian itu menyebabkan saya amat merindui arwah ibu saya. Ketika Dr. Syam, menceritakan perjalan dan kenangan eliau bersama ayah beliau pada ketika itu ayah saya menghubungi saya. Saya tidak menjawab panggilan tersebut kerana saya berada di dalam kelas.
Melalui perkongsian tersebut saya sedar dan telah meningatkan saya walau di mana kita berada, betapa sibuk sekalipun hubungan dengan ibu bapa mestilah dijaga. Hal ini demikian kerana, ibu bapalah kunci kebahagian hidup kita dan restu mereka penting dalam menjalani kehidupan seharian. Melalui perkongsian tersebut. telah menyedarkan saya bahawa setiap urusan boleh dipermudahkan sekiranya kita menjaga gubungan silaturahim dalam ahli keluarga. Saya harap semua orang dilaur sana menghargai ibu bapa mereka kerana itulah harta yang dikurniakan dari Pencipta yang tidak mungkin dapat di gantikan kembali dengan apa-apa harta yang bernilai didunia ini. Menghargailah sebelum terduduk mengarapkan untuk dihargai oleh mereke ketika anda menikmati saat indah dengan mereka. Tahukah anda tiada saat yang paling indah melainkan melihat ibu bapa senyum dengan gembiara dan disebalik senyuman itu andalah sebab utama pencetus senyuman itu. Adakah anda akan usaha untuk menciptakan senyuman itu tanpa henti? Apabila senyuman itu tiada dan tidak myngkin kembali percayalah sakita meindu akan kekal selamanya. Hal ini kerana wajah ibu bapa adalah wajah kekasih dunia dan akhirat kita.





